Galak, Sokong Tindakan DRPK_malay.china.com
Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Galak, Sokong Tindakan DRPK

2018-05-15 11:27:07

Inisiatif yang diambil Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) untuk menggalakkan pewujudan Semenanjung Korea bebas senjata nuklear, termasuk menutup tapak ujian di Punggye-ri, perlu diberi galakan dan sokongan oleh masyarakat antarabangsa.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang akhbar semalam.

Pada 12 Mei lalu, Kementerian Luar DPRK mengumumkan bahawa upacara menutup fasiliti di Punggye-ri dijadualkan pada 23 hingga 25 Mei. Wartawan dari China, Rusia, AS, Britain dan Korea Selatan diundang untuk membuat liputan.

Lu Kang berkata, tindakan tersebut memperlihatkan kesungguhan DPRK untuk menggalakkan pelucutan nuklear di semenanjung berkenaan dan menjalin hubungan saling mempercayai dengan pihak-pihak terlibat. Kesungguhan itu akan membantu isu Semenanjung Korea diselesaikan secara politik dan haruslah diberi sokongan.

Dalam satu temu bual pada 13 Mei lalu, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo menyatakan bahawa pihaknya bersedia membantu perkembangan DPRK sekiranya negara itu menjamin tiada lagi ancaman senjata nuklear terhadap Washington.

Mengulas kenyataan Pompeo itu, Lu Kang berkata, China sentiasa berpendirian bahawa semua pihak terlibat perlu menyelesaikan isu Semenanjung Korea melalui dialog.

Katanya, dalam proses menggalakkan pewujudan semenanjung yang bebas senjata nuklear, keperluan keselamatan DPRK sendiri perlu dipenuhi, demi kedamaian yang berkekalan.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin