China Kutuk Serangan di Surabaya dan Paris_malay.china.com
Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China Kutuk Serangan di Surabaya dan Paris

2018-05-15 11:24:41

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang akhbar di Beijing semalam mengutuk rentetan serangan keganasan yang berlaku di Surabaya, Indonesia dan Paris, Perancis baru-baru ini.

Menurut laporan media, serangan bom nekad di tiga buah gereja di Surabaya, Jawa Timur pada 13 Mei lalu meragut sekurang-kurangnya 13 nyawa, sementara 43 lagi cedera.

Sehari kemudiannya, serangan serupa menggegarkan sebuah balai polis di bandar yang sama.

Di Paris pula, berlaku serangan yang mengakibatkan seorang maut dan empat cedera, seorang daripadanya warga China.

Sehubungan itu, Lu Kang dalam kenyataannya semalam menyampaikan rasa simpati terhadap mangsa dan ahli keluarga mangsa yang terbunuh.

Katanya, China mengutuk keras serangan seumpama ini dan menentang sebarang fahaman keganasan.

China bersedia meningkatkan kerjasama dengan Indonesia dan Perancis serta negara-negara lain di dunia untuk mengatasi ancaman keganasan, demi keamanan dan kesejahteraan semua.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin