Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Hubungan Tamandun China-Melayu Berterusan demi Kerjasama Lestari

2018-05-14 16:58:55

Hubungan Tamandun China-Melayu Berterusan demi Kerjasama Lestari

Penganjuran Persidangan Antarabangsa Hubungan Tamadun Melayu-Tamadun China adalah satu langkah ke hadapan yang patut diberi sambutan positif kerana Malaysia dan China berkongsi banyak kepentingan dan telah memupuk hubungan erat sejak sekian lama.  

Demikian ujar Presiden Muafakat Jalur dan Laluan yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin semasa diwawancara pemberita CRI pada persidangan itu di Kuala Lumpur pagi tadi.  

Menurut beliau, ini adalah kali pertama para pakar dan sarjana berhimpun untuk melontarkan buah fikiran mengenai hubungan Malaysia dan China. Kerjasama tersebut kini berada di landasan yang betul dan baik, dan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara. Beliau berharap kerjasama itu diteruskan dengan mengambil kira pelbagai aspek supaya kedua-dua negara dapat menikmati faedahnya pada masa hadapan.  

Hubungan Tamandun China-Melayu Berterusan demi Kerjasama Lestari

Persidangan anjuran Insititut Antarabangsa Peradaban Islam dan Dunia Melayu (ISTAC) itu bertema “Ke Arah Melestarikan Kerjasama Bersepadu untuk Masa Hadapan”. Objektifnya adalah untuk menggalurkan hubungan tamadun Melayu-China kini dengan sejarah sejak sekian lama untuk melestarikan kesinambungan kerjasama ketamadunan yang bersepadu. 

Tujuan lainnya adalah untuk mendokumentasikan hasil kajian pelbagai aspek ketamadunan dalam hubungan Malaysia-China dan mengemukakan pelan tindakan untuk mengisi hubungan tamadun Melayu-China dengan keperluan semasa dan masa hadapan secara bersepadu dan terselaras.  

 Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Dr. Rais Yatim memuji persidangan kali ini berjaya mewujudkan penggemblengan tenaga untuk membincangkan hubungan Malaysia-China dari aspek kebudayaan, diplomatik, ekonomi, perdagangan dan sebagainya. Beliau turut mencadangkan supaya diadakan satu majlis penyelidikan Malaysia-China tentang pelbagai aspek termasuk sejarah, budaya, ekonomi, keselamatan dan diplomasi.  

 Difahamkan, persidangan tersebut menjadi wadah untaian pelbagai perbincangan dicetus oleh kertas kerja yang dibentangkan peserta dari serata dunia seperti China, Indonesia dan Singapura. 

Antara bidang-bidang yang disentuh ialah hubungan diplomatik, falsafah dan pemikiran, sistem nilai dan sosiobudaya, pendidikan dan pemupukan bakat, ekonomi dan perdagangan, bahasa, persuratan dan penerbitan, serta hubungan kemanusiaan dan gerakan badan bukan kerajaan.  

 Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Pengajian Asing Guangdong, Prof. Tan Xiao yang membawa kertas kerja berjudul “Pengharmonian Budaya Melayu-China: Perbandingan Pantun Melayu dan Lagu Rakyat China” dijemput untuk hadir ke persidangan berkenaan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin