Batal Sekatan Jika Lucut Nuklear_malay.china.com
Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Batal Sekatan Jika Lucut Nuklear

2018-05-14 16:57:18

Amerika Syarikat (AS) akan membatalkan sekatan ekonomi dan mengizinkan penanaman modal swasta negaranya terhadap Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sekiranya  negara itu melucutkan program senjata nuklear secara menyeluruh. 

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo dalam program televisyen siaran Columbia Broadcasting System (CBS) pada 13 Mei lalu.

Pompeo berkata, AS akan membantu DPRK mewujudkan pertumbuhan dalam sektor ekonomi jika negara itu melepaskan hasrat membangunkan senjata nuklear.

Tambah beliau lagi, hal ini bermakna sektor swasta AS akan menghulurkan bantuan kepada DPRK dalam bidang sumber tenaga, janakuasa elektrik, pembinaan infrastruktur dan pertanian.

Namun, beliau menegaskan bahawa bantuan sedemikian hanya akan diberikan dalam senario DPRK bebas daripada senjata nuklear dengan cara yang "menyeluruh, boleh disahkan dan tidak boleh ditarik balik".

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin