Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Wang Yi Ditemui Rakan Sejawat dari Iran

2018-05-14 13:19:35

Menteri Luar China, Wang Yi telah mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Iran, Mohammad Javad Zarif di Beijing semalam.

Wang menyatakan, China melihat Iran sebagai rakan penting dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), dan bersedia bersama-sama melaksanakan sepenuhnya konsensus antara pemimpin di samping menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang.

Tambah Wang, China mempertahankan multilateralisme dan komited kepada pelaksanaan perjanjian antarabangsa. Perjanjian nuklear Iran adalah hasil multilateralisme yang dibuahkan melalui usaha bertungkus lumus. Perjanjian itu membantu mekanisme pengawalan nuklear antarabangsa, serta kedamaian dan kestabilan di Asia Barat.

China bersedia mengekalkan komunikasi rapat dengan semua pihak terlibat khususnya Iran, dan akan terus berusaha untuk memastikan perjanjian berkenaan dilaksanakan dengan pendekatan yang objektif, adil dan bertanggungjawab.

Zarif pula menyanjung tinggi pendirian China yang menjunjung perjanjian nuklear Iran, dan menegaskan kesediaan pihaknya untuk merapatkan sinergi dengan pihak-pihak yang menyokong perjanjian itu.

Pihak Iran menganggap adalah tanggungjawab bersama untuk memastikan perjanjian berkenaan dilaksanakan secara berterusan, menyeluruh dan berkesan. Iran bersedia menyumbang kepada usaha itu.



Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin