Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Persatuan Sivil China, Kemboja Jalin Kerjasama

2018-05-14 13:05:52

Delegasi persatuan sivil dari China telah melawat ke Kemboja pada 8 hingga 12 Mei lalu atas undangan Forum Persekutuan Persatuan Sivil Kemboja.

Delegasi yang mewakili 20 persatuan China itu diketuai Rangkaian Persatuan Bukan Kerajaan China untuk Pertukaran Antarabangsa (China NGO Network for International Exchange--CNIE).

Agenda lawatan termasuk mengadakan interaksi dengan persatuan tempatan serta menandatangani beberapa perjanjian berkenaan, yang dilihat sebagai langkah penting bagi kerjasama kedua-dua pihak.

Pada 11 Mei, sebanyak 11 perjanjian melibatkan kehidupan rakyat telah dicapai di Phnom Penh antara jabatan kerajaan Kemboja dengan 10 persatuan China berkenaan termasuk Tabung Pembangunan Keamanan (CFPD) dan Tabung Pembasmian Kemiskinan (CFPA).

Antara tumpuan kerjasama termasuk perubatan, pendidikan, perlindungan alam sekitar dan jaminan kebajikan kanak-kanak.

Naib Perdana Menteri Kemboja, Bin Chhin dalam majlis pemeteraian perjanjian tersebut menyatakan alu-aluan terhadap program yang dianjurkan persatuan sivil China di negara itu.

Menurut beliau, program-program tersebut bukan sahaja memberi sumbangan penting kepada usaha meningkatkan taraf hidup rakyat Kemboja, malah juga mendorong persahabatan antara rakyat Kemboja dengan China.

Beliau yakin, kerjasama seumpama ini akan membentuk asas yang lebih kukuh bagi hubungan kedua-dua negara, sekali gus membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin