Forum Asia untuk Penyatuan Semula secara Damai China ke-6_malay.china.com
Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Forum Asia untuk Penyatuan Semula secara Damai China ke-6

2018-05-14 11:54:46

Forum Asia untuk Penyatuan Semula Negara China secara Damai ke-6 diadakan di Manila pada 12 Mei lalu.

Forum anjuran Majlis China di Filipina bagi Menggalakkan Penyatuan Semula Negara secara Damai itu disertai lebih seratus wakil dari Tanah Besar, Taiwan dan Hong Kong China, negara dan wilayah lain, serta lebih 600 orang Cina dan perantau China di Filipina.

Antara topik forum, menggembleng tenaga masyarakat Cina di seberang laut untuk menggalakkan penyatuan semula negara China dan menentang sebarang niat pemisahan.

Impian kebangkitan semula nusa dan bangsa China, kerjasama antarabangsa di bawah inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), serta membina bersama komuniti berkongsi nasib sesama insan turut menjadi tumpuan.

Menteri Penasihat di Kedutaan Besar China di Filipina, Tan Qingsheng dalam ucapannya pada majlis perasmian menyatakan bahawa komuniti Cina di Filipina menjunjung prinsip penyatuan semula China secara damai.

Tenaga seluruh komuniti Cina tempatan telah disalurkan kepada perjuangan untuk menentang sentimen pemisahan di Taiwan, hingga menjadikan Filipina salah satu pangkalan usaha tersebut di seberang laut.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin