Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Xi Berucap di Perhimpunan Memperingati Marx

2018-05-04 17:05:43

Perhimpunan bagi memperingati ulang tahun ke-200 kelahiran Karl Marx diadakan di Dewan Besar Rakyat, Beijing pagi tadi.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Presiden China, dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Xi Jinping telah menyampaikan ucaptama pada perhimpunan itu.

Xi menyatakan, aktiviti memperingati Marx ini adalah satu bentuk penghormatan kepada ahli falsafah yang tersohor dalam sejarah manusia, serta pengakuan bagi keyakinan teguh terhadap doktrin Marx yang sentiasa menjadi panduan PKC dan negara China.

Xi Berucap di Perhimpunan Memperingati Marx


Doktrin itu membantu China memahami dunia, menguasai kelaziman perkembangan masyarakat, mengejar kebenaran dan membawa transformasi kepada dunia.


Pada era baharu ini, PKC perlu terus mengkaji dan mengaplikasikan doktrin Marx, serta membangunkan sosialisme yang bercirikan China.

Xi menyatakan, doktrin Marx teori yang tidak lapuk dek zaman, yang terus menyuluh masa depan seluruh umat manusia.

Doktrin tersebut bukan sahaja membawa perubahan kepada dunia, malah juga China. Masa depan doktrin itu berkait rapat dengan masa depan PKC, serta nusa dan bangsa China.

Masa telah membuktikan bahawa doktrin Marx menyediakan serampang yang kuat bagi revolusi, pembangunan dan pembaharuan China, sekali gus membolehkan tamadun lama ini mengecapi kemajuan yang tidak pernah dilihat dalam lipatan sejarah umat manusia.

Xi Berucap di Perhimpunan Memperingati Marx


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin