Xi Ditemui Modi Di Wuhan_malay.china.com
Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Xi Ditemui Modi Di Wuhan

2018-04-28 13:53:10
1271392_201804281353309458800.jpg 1271392_2018042813533492959600.jpg

Kerjasama yang cemerlang antara China dan India sebagai dua negara yang mulia boleh mempengaruhi dunia.

Demikian dinyatakan oleh Presiden China Xi Jinping ketika ditemui Perdana Menteri India Narendra Modi di Wuhan, Provinsi Hubei China semalam.

Presiden Xi mengalu-alukan lawatan Modi dan menyatakan bahawa beliau dan Modi saling melawat dan banyak kali bertemu dalam tempoh tiga tahun yang lalu, menjalin hubungan kerja yang baik, mencapai banyak persepakatan penting, menyampaikan isyarat persahabatan China-India dan memperlihatkan hasrat kedua-dua entiti ekonomi besar untuk mengadakan kerjasama yang saling menguntungkan serta mewujudkan pembangunan bersama. Beliau berharap pertemuan kali ini bakal membuka lembaran baharu hubungan bilateral China-India.

Xi menegaskan bahawa kedua-dua pihak patut mengawal hubungan bilateral terus berkembang menuju ke arah yang betul, justru seperti Sungai Yangtze dan Sungai Ganges yang abadi pengalirannya. China bersedia berusaha bersama-sama India bagi menjalinkan hubungan rakan pembangunan yang lebih rapat, menggalakkan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang berkembang secara menyeluruh.

Modi merakam ucapan terima kasih atas undangan dari Presiden Xi dan menyifatkan pertemuan ini bermakna sejarah. Inida dan China patut mengekalkan lawatan peringkat tinggi dan komunikasi strategik, yang dilihat bermanfaat bagi meningkatkan persefahaman dan kerjasama, bersesuaian dengan kepentingan bersama serta pembangunan dan kemakmuran kedua-dua negara bahkan serantau. India bersedia berusaha bersama-sama China memperjuangkan sasaran tersebut.

Ketika bersama mengunjungi Muzium Provinsi Hubei, Presiden Xi menyatakan bahawa China dan India masing-masing mempunyai sejarah dan kebudayaan yang cemerlang, yang mempunyai banyak kesamaan. Kedua-dua negara patut mengadakan pertukaran yang lebih luas, berusaha bersama bagi membangkitkan semula tamadun Timur, menghargai kepelbagaian tamadun, dan menggalakkan pelbagai tamadun hidup bersama secara harmoni.

Modi menyatakan bahawa perkembangan sejarah dan tamadun India dan China amat mirip. Pertukaran budaya kedua-dua negara bersejarah lama. Kedua-dua negara patut meningkatkan persefahaman, dan berganding bahu menangani masalah global dan menyahut cabaran global dengan menggunakakn kecerdasan kedua-dua pihak.





Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin