Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Sidang Menteri Pertahanan SCO diharap Berhasil

2018-04-24 12:58:53

Presiden China, Xi Jinping telah ditemui menteri-menteri pertahanan dari negara anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Dewan Besar Rakyat di Beijing semalam.

Xi berkata, Sidang Menteri Pertahanan yang bakal diadakan pada 24 April, adalah yang pertama selepas SCO diperluaskan. Beliau yakin dengan kerjasama pelbagai pihak, sidang ini akan menyuntik konotasi dan kedinamikan baharu kepada perkembangan SCO.

Tegas beliau, China amat mementingkan kerjasama keselamatan dan pertahanan dalam rangka SCO.

China bersedia bergabung tenaga dengan semua anggota SCO berdasarkan piagam dan konsensus antara pemimpin, untuk bersama-sama melakar cetak biru pembangunan kerjasama, mengintensifkan kerjasama pragmatik dalam bidang pertahanan dan keselamatan, serta menginovasi model kerjasama.

Selaku sistem kerjasama keselamatan, adalah amat penting bagi kemampuan mengatasi ancaman ditingkatkan, agar SCO dapat memberi sumbangan yang sewajarnya kepada kestabilan dan kemakmuran yang berkekalan.

Menteri Pertahanan Rusia, Sergey Shoygu yang mewakilli anggota-anggota lain, melahirkan rasa kagum terhadap pembangunan sektor pertahanan China.

Beliau yakin, di bawah pimpinan Presiden Xi dan pemimpin-pemimpin lain, Sidang Menteri Pertahanan SCO pasti akan melonjakkan kerjasama berkenaan ke tahap baharu.

Katanya, hal ini penting bagi menjaga kepentingan strategik pelbagai negara serta kedamaian dan kestabilan serantau bahkan dunia.



Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin