Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Kerjasama Antarabangsa Tumpuan Forum BIFF

2018-04-17 17:53:04

Kerjasama perfileman antarabangsa menjadi tumpuan forum bersempena Pesta Filem Antarabangsa Beijing (BIFF) ke-8 di Beijing semalam.

Forum itu dihadiri pengusaha filem terkemuka tempatan dan asing termasuk Rob Minkoff, pengarah dari AS dan Wang Zhonglei, pengasas syarikat hiburan multinasional Huayi Brothers.

Para peserta menganggap cerita yang baik kunci untuk mengatasi halangan budaya dalam kerjasama penerbitan filem.


Setakat penghujung tahun lepas, pengusaha China telah memeterai perjanjian penerbitan bersama dengan syarikat dari 20 negara, termasuk enam gergasi yang berpangkalan di Hollywood.

Stephen Odell, pengurus besar penerbitan antarabangsa SONY Columbia Pictures yang pernah menghasilkan "Spiderman" dan "Men in Black", menyatakan pihaknya sedang mengusahakan sebuah filem animasi bersama-sama China.

15 filem China dan asing akan bertanding merebut anugerah Tiantan dalam BIFF yang dijadualkan berlangsung hingga 22 April.



Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin