Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

AS Digesa Layan Adil Syarikat China

2018-04-17 17:52:35

Kementerian Perdagangan China (MOC) menggesa AS mencipta suasana undang-undang dan dasar yang adil, saksama dan stabil untuk syarikat China.

Gesaan itu dibuat beberapa jam selepas Jabatan Perdagangan AS memutuskan menguatkuasakan larangan eksport komponen berteknologi tinggi keluaran AS kepada ZTE, gergasi pembekal kelengkapan telekomunikasi China untuk tempoh tujuh tahun. Keputusan itu susulan dakwaan ZTE pernah membuat kenyataan palsu berkaitan penyeliaan kakitangan dan pegawai kanan pengurusan.

Jurucakap MOC menyatakan China akan mengikuti kes tersebut dan bersiap sedia mengambil tindakan yang diperlukan untuk mempertahankan hak dan kepentingan syarikat China.

Katanya, ZTE telah menjalin kerjasama rapat dengan beratus-ratus syarikat AS yang membantu menyediakan puluhan ribu peluang pekerjaan di negara itu.

Pihak AS diharap mengendalikan isu tersebut secara baik mengikut undang-undang dan peraturan.



Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin