Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China, Jepun Setuju Tingkat Hubungan

2018-04-17 17:52:02

China dan Jepun bersetuju memperkukuh hubungan bilateral melalui usaha sama lebih luas, semasa pertemuan antara Menteri Luar China, Wang Yi dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di Tokyo semalam.

Wang menyatakan kedua-dua pihak harus memanfaatkan momentum berpotensi untuk melonjakkan kerjasama ekonomi ke tahap baharu.

Kata beliau, penyertaan Jepun dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) akan membuka ruang baharu untuk kerjasama tersebut. China bersedia membincangkan cara terbaik untuk Jepun terlibat dalam inisiatif tersebut.

Beliau menyarankan kedua-dua pihak meningkatkan komunikasi dan penyelarasan untuk menentang perlindungan perdagangan, mempertahankan sistem perdagangan bebas global yang berteraskan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), dan membantu mewujudkan ekonomi dunia yang terbuka.

Abe pula menyatakan langkah-langkah penting China untuk memperluas keterbukaan yang diumumkan pada Forum Asia Boao minggu lalu, diyakini kondusif bagi hubungan ekonomi Jepun-China.

Beliau menanti-nantikan hasil pembangunan B&R membantu pemulihan dan pertumbuhan ekonomi serantau.



Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin