Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Wang Yi Temu Wakil Pertubuhan Persahabatan

2018-04-17 13:16:11

Menteri Luar China, Wang Yi bertemu dengan wakil tujuh pertubuhan persahabatan China-Jepun di Tokyo semalam.

Wang menyatakan lawatan atas undangan pihak Jepun kali ini adalah respons kepada sikap positif Jepun terhadap China selama ini. China bersedia berusaha bersama-sama Jepun bagi mengembalikan hubungan bilateral ke landasan normal. 

Sempena ulang tahun ke-40 pemeteraian Perjanjian Kedamaian dan Persahabatan China-Jepun, kedua-dua pihak harus menimba pengalaman dan mengambil pengajaran daripada jatuh bangun hubungan beberapa tahun ini, dan berusaha memupuk jalinan yang sihat dan stabil.

Beliau menegaskan bahawa persahabatan di kalangan rakyat, khazanah penting bagi hubungan China-Jepun. 

Pihak-pihak terlibat diharap terus merancakkan pertukaran sosiobudaya, khususnya menggalakkan generasi muda mewarisi persahabatan tersebut.

Para wakil menyatakan bahawa persahabatan antara Jepun dan China sesuai dengan kepentingan asas kedua-dua pihak.

Pelbagai kalangan masyarakat di Jepun berasa gembira melihat momentum positif hubungan bilateral dan bersedia terus berusaha bagi menggalakkan pertukaran sosiobudaya, serta mempererat ikatan tradisional supaya dapat diwarisi dari generasi ke generasi.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin