Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

WEF Hargai Keterbukaan China

2018-04-17 11:49:36
1260201_2018041711495054975000.jpg

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia (WEF), Klaus Schwab di Beijing semalam.

Xi menyatakan sejarah telah membuktikan bahawa ketertutupan hanya menuju ke arah buntu, keterbukaan barulah melebarkan jalan. Negara besar memikul tanggungjawab yang penting dan istimewa dalam hal ini.

Langkah-langkah penting untuk memperluas keterbukaan yang diumumkan pada Forum Asia Boao minggu lalu, komitmen China kepada rakyat seluruh dunia.

Presiden Xi menyatakan kerjasama dengan WEF serentak dengan proses pembaharuan dan keterbukaan China.

Beliau menyarankan agar kedua-dua pihak memperkukuh kerjasama, bersama-sama meneroka penjana baharu bagi pertumbuhan ekonomi dunia, dan mencari formula penyelesaian praktikal bagi menangani cabaran global.

Schwab pula menyatakan bahawa wawasan komuniti berkongsi nasib sesama insan dan pembangunan ekonomi dunia yang terbuka, yang dikemukakan oleh Presiden Xi, telah merangka hala tuju dan menyuntik momentum kuat untuk kerjasama pelbagai negara ketika globalisasi ekonomi dan sistem perdagangan multilateral berdepan cabaran.

WEF bersedia meningkatkan kerjasama jangka panjang dengan China untuk menggalakkan pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan pembangunan inovatif.

Kedua-dua pihak diharap menjalin sinergi bagi memperkukuh sistem tabdir urus global dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dunia.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin