Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Wang Yi Temu Menteri Luar Jepun

2018-04-16 16:15:45
1259764_2018041616160911949200.jpg

China dan Jepun bersetuju memperkukuh momentum positif hubungan bilateral, semasa pertemuan antara Menteri Luar China, Wang Yi dengan rakan sejawatnya, Kono  Taro di Tokyo semalam.

Wang berkata, hubungan antara kedua-dua negara menunjukkan kemajuan meskipun masih wujud beberapa faktor yang rumit dan sensitif.

Lawatan Wang atas undangan pihak Jepun kali ini adalah respons kepada sikap positif Jepun terhadap China selama ini. 

Lawatan itu diharap dapat menjadi langkah penting bagi mengembalikan hubungan bilateral ke landasan normal serta membuka jalan untuk pertemuan peringkat tinggi pada fasa seterusnya. 

Beliau menyarankan China dan Jepun menaiktarafkan kerjasama saling menguntungkan sesuai dengan situasi baharu, termasuk dalam bidang penjimatan tenaga, perlindungan alam sekitar, inovasi sains dan teknologi, pembuatan, kewangan dan perbankan, ekonomi berkongsi, perubatan dan penjagaan warga emas, di samping memperluas pertukaran sosiobudaya. 

China mengalu-alukan penyertaan Jepun dalam pembangunan "Jalur dan Laluan" (B&R) untuk dijadikan titik pertumbuhan baharu kerjasama bilateral.

Kono pula menyatakan bahawa Jepun mengalu-alukan lawatan PM Li serta kehadirannya pada sidang kemuncak China, Jepun dan Korea Selatan. 

Jepun akan berpegang pada empat dokumen politik yang menjadi asas hubungan kedua-dua negara, serta jalan pembangunan secara damai dan dasar pertahanan bersifat defensif. 

Jepun bersedia mempertahankan sistem perdagangan bebas global yang berasaskan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), menjaga momentum pertumbuhan ekonomi dunia, dan menggalakkan kerjasama ekonomi serantau terus berkembang.



Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin