Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China, Jepun Ikrar Tingkat Kerjasama Ekonomi

2018-04-16 16:13:59

Menteri perdagangan China dan Jepun berikrar meningkatkan kerjasama ekonomi semasa pertemuan di Tokyo semalam.

Menteri Perdagangan China, Zhong Shan memetik langkah baharu China untuk meningkatkan pembaharuan dan keterbukaan yang diumumkan Presiden Xi Jinping dalam Forum Asia Boao minggu lalu,  yang dianggap pasti akan membawa peluang lebih besar bagi kerjasama ekonomi.

Zhong mengemukakan beberapa cadangan bagi merancakkan kerjasama tersebut, termasuk melaksanakan persepakatan pemimpin mengenai kerjasama di pasaran ketiga dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan menyokong sistem perdagangan multilateral dengan tindakan praktikal. 

Saranan lain, memperluas kerjasama dalam bidang pembuatan dan inovasi serta perdagangan perkhidmatan; mengundang Jepun menyertai Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE); dan mempercepat rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) China-Jepun-Korea Selatan, selain mencapai perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) seawal mungkin.

Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Seko Hiroshige bersetuju dengan saranan tersebut, sambil menambah bahawa pihaknya akan menggalakkan syarikat Jepun menyertai CIIE dan menyasarkan tapak pameran seluas 10,000 meter persegi.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin