Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Serangan Ketenetraan AS, Britain, Perancis ke atas Syria

2018-04-15 16:04:24

Banyak sasaran kerajaan dan tentera Syria menjadi sasaran serangan udara bersama Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis pada awal pagi semalam. Kematian dan kecederaan orang serta kerugian harta benda masih belum diketahui.

Serangan itu menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa. Beberapa negara menyokong serangan ketiga-tiga negara tersebut, namun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kebanyakan negara mengutuk tindakan kekerasan itu dan menyeru isu Syria diselesaikan melalui saluran politik .

Pihak AS dan Britain menegaskan bawasa serangan kali ini bertujuan untuk menghalang kerajaan Syria daripada terus menggunakan senjata kimia.

Sementara itu, Kementerian Luar Syria dalam satu kenyataan semalam menyebut, serangan tersebut mencerminkan penghinaan AS, Britain dan Perancis terhadap undang-undang antarabangsa, dan akan meruncingkan situasi dunia serta mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres kelmarin mengeluarkan kenyataan bahawa anggota Majlis Keselamatan PBB perlu bersatu padu menunaikan tanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan, melaksanakan tindakan mengikut Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa supaya mengelakkan tindakan yang mungkin memburukkan lagi situasi di Syria dan membawa penderitaan yang lebih kepada rakyat negara itu.

Sementara itu, Rusia dan Iran mengecam keras serangan tiga negara tersebut.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin