Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Pelan Pembaharuan Kerajaan Diserahkan ke NPC

2018-03-14 11:42:05 CRI

Pelan pembaharuan institusi kerajaan China pusingan baharu telah diserahkan kepada Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13, semalam.

Menurut pelan itu, Dewan Negara sebagai badan pentadbiran tertinggi di China akan diubah suai menjadi 27 jabatan, sementara jabatan peringkat menteri dikurangkan sebanyak lapan buah dan peringkat naib menteri dikurangkan tujuh buah.

Beberapa jabatan baharu akan dibentuk, termasuk Kementerian Sumber Asli, Kementerian Persekitaran Ekologi, Kementerian Pertanian dan Desa, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, Jawatankuasa Kebersihan dan Kesihatan Kebangsaan dan Kementerian Hal Ehwal Veteran.

Sebelum persidangan NPC dan CPPCC diadakan, sidang pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-19 Parti Komunis China (PKC) telah meluluskan keputusan untuk memperkasakan pembaharuan agensi parti dan kerajaan melalui pelaksanaan pelan berkenaan.

Pelan yang diserahkan kepada NPC untuk dibahas tersebut hanya melibatkan pembaharuan terhadap institusi kerajaan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin