Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China Penyokong Perdagangan Bebas

2018-03-08 16:11:01 CRI

Perjanjian perdagangan bebas di rantau Asia Pasifik diharap terselaras dan membawa kepada interaksi positif, di samping memainkan peranan untuk menentang fahaman perlindungan perdagangan dan membangunkan ekonomi dunia yang terbuka.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam taklimat media persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di Beijing hari ini.

11 negara telah mencapai kata sepakat tentang Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), yang dijangka berkuat kuasa tahun depan.

Wang Yi berkata, China sentiasa menyokong perdagangan bebas walaupun bukan peserta perjanjian itu.

China aktif terlibat dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), perjanjian perdagangan bebas melibatkan populasi paling besar dengan bilangan anggota paling banyak.

Tambah beliau, China mengalu-alukan semua sistem perdagangan bebas yang sehaluan dengan integrasi ekonomi Asia Pasifik serta menjunjung prinsip telus, terbuka dan inklusif.  

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin