Projek Pusat Pemulihan Dadah Filipina Mula Dibina_malay.china.com
Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Projek Pusat Pemulihan Dadah Filipina Mula Dibina

2018-02-13 13:44:01 CRI

Projek Pusat Pemulihan Dadah Agusan del Sur Filipina yang dibina oleh China telah dimulakan di wilayah Agusan del Sur, pulau Mindanao semalam.

Dalam majlis pecah tanah projek itu, Atase Ekonomi dan Perdagangan China ke Filipina, Jin Yuan menyatakan bahawa dua projek pusat pemulihan dadah yang dibina oleh China merupakan hasil penting yang dicapai oleh Presiden Xi Jinping dengan Presiden Rodrigo Duterte di Beijing pada Oktober 2016.

Pusat yang pertama mula dibina di Sarangani pada 12 Januari lalu, diikuti pusat kedua di Agusan del Sur sebulan kemudiannya.

Hal ini menandakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara sedang dilaksanakan selangkah demi selangkah hingga membuahkan hasil nyata.

Perkembangan hubungan bilateral yang sihat turut membawa manfaat yang sebenar kepada rakyat kedua-dua negara.

Pusat pemulihan dadah tersebut direka oleh syarikat di bawah Institut Rekaan Seni Bina Universiti Tongji China.

Pusat di Agusan del Sur akan dilengkapi 100 katil untuk lelaki dan 50 untuk perempuan, manakala pusat di Sarangani 150 katil, antaranya 120 untuk lelaki dan 30 untuk perempuan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin