Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Nahas Udara Rusia, Tiada Selamat

2018-02-12 11:57:21

Kesemua penumpang dan kru pesawat jenis Antonov An-148 yang terhempas di luar Moscow semalam dilaporkan maut.

Menurut maklumat Kementerian Kecemasan Rusia, pesawat itu membawa enam anak kapal dan 65 penumpang, antaranya tiga kanak-kanak. Sebuah kotak hitam pesawat itu telah ditemui.

Pesawat milik Saratov Airlines itu dalam perjalanan dari Moscow ke Orsk, berhampiran sempadan Kazakhstan sebelum hilang dari radar selama dua minit dan didapati terhempas di lokasi berjarak 35 kilometer dari tenggara Moscow.

Menurut maklumat berkenaan, tujuh pasukan perubatan dan penyelamat serta pasukan tentera telah dikerah ke lokasi nahas itu.


Punca nahas sedang disiasat oleh Jawatankuasa Siasatan Persekutuan Rusia.



Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin