Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Saintis China, Filipina Selesai Kajian Bersama

2018-02-09 12:42:06 CRI

Saintis dari China dan Filipina selesai menjalankan kajian bersama di perairan timur Filipina yang terletak di bawah pentadbiran negara kepulauan itu. Hasil kajian dikongsi oleh kedua-dua negara.

Demikian maklum Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam satu sidang akhbar baru-baru ini.

Geng yang menyangkal khabar angin bahawa kajian itu dijalankan di Cangkat Benham, turut menegaskan bahawa China menghormati kedaulatan dan pentadbiran Filipina di perairan tersebut.

Sebelum ini, seorang ahli Dewan Negara Filipina dari parti pembangkang menyebarkan khabar angin bahawa kerajaan negaranya telah mengesahkan kapal China menjalankan kajian saintifik di Cangkat Benham. Khabar angin itu segera menarik tumpuan media tempatan.

Pada hakikatnya, Cangkat Benham bukanlah kawasan yang menjadi pertikaian antara China dengan Filipina.

Kajian bersama kali ini dijalankan berdasarkan permohonan China kepada Filipina menurut Konvensyen Undang-undang Laut PBB (UNCLOS).

Media tempatan turut memetik kenyataan Setiausaha Pertanian, Emmanuel Pinol bahawa Presiden Roderigo Duterte dalam sidang kabinet pada 5 Februari lalu telah mengarah menghentikan semua kajian saintifik oleh negara asing di perairan Cangkat Benham.

Jurucakap Pejabat Presiden Filipina, Harry Roque menjelaskan bahawa arahan tersebut bukan larangan. Bagaimanapun, prosedur kelulusan permohonan menjalankan kajian akan diketatkan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin