Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China Derma Kemudahan Rumah Mudah Alih kepada Myanmar

2018-01-07 15:07:52

Majlis penyerahan 100 set kemudahan rumah mudah alih yang didermakan China kepada Myanmar diadakan di Pelabuhan Industri Yangon semalam. 

Duta Besar China ke Myanmar, Hong Liang berharap agar dermaan ini dapat digunakan membantu penempatan pelarian di negeri Rakhine dan pihaknya bersedia meneruskan bantuan seumpama itu. China mendukung usaha kerajaan Myanmar mengekalkan kestabilan di Rakhine dan menyeru masyarakat antarabangsa menyediakan bantuan yang bersifat membina. Pelan penyelesaian "tiga tahap" mengenai isu Rakhine yang dikemukakan China telah diterima dan diiktiraf masyarakat antarabangsa pada umumnya. China akan terus menyokong usaha Myanmar untuk mengekalkan keamanan, kestabilan, kemakmuran dan pembangunan.

Menteri Pembinaan Myanmar, U Win Khaing mengucapkan terima kasih kepada China kerana kemudahan rumah mudah alih yang disumbangkannya pada Februari tahun 2016 berperanan besar di sebahagian kawasan bencana seperti negeri Rakhine.

Dimaklumkan lagi, China akan terus membekalkan sokongan teknikal untuk membantu Myanmar memasang dan menyusun kemudahan rumah mudah alih berkenaan, serta menganjurkan latihan yang selaras untuk teknisyen dari pihak Myanmar.



Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin