Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Myanmar Rai Ulang Tahun ke-70 Merdeka

2018-01-05 11:49:13

Aktiviti untuk meraikan ulang tahun ke-70 kemerdekaan Myanmar telah diadakan di Naypyidaw dan Yangon semalam, anjuran pihak kerajaan.

Di lapangan di depan Dewan Bandaraya Naypyidaw, kira-kira 3,000 wakil kerajaan, parlimen dan tentera berpakaian tradisional atau seragam, bersama-sama memeriksa barisan pengawal kehormat tentera darat, udara dan laut. 

Dalam acara itu, Naib Presiden pertama Myanmar, U Myint Swe telah menyampaikan perutusan tahniah Presiden U Htin Kyaw. 

Perutusan sama turut dibacakan oleh Gabenor Yangon, U Phyu Min Thein di hadapan seribu wakil pelbagai pihak yang berhimpun di Taman Maha Bandoola.

Presiden U Htin Kyaw dalam perutusannya menyatakan, walaupun Myanmar telah mencapai kemerdekaan, namun negaranya masih bergelut dengan konflik dalaman yang merencatkan pembangunan. 

Beliau menyeru agar penduduk pelbagai kaum mempertahankan perpaduan, menggubal perlembagaan yang selaras dengan keperluan negara, mewujudkan kedamaian yang berkekalan melalui dialog politik, serta menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam pembangunan sosioekonomi. 


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin