Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Xi Temu PM Kanada

2017-12-06 14:27:07

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau di Rumah Tamu Diaoyutai, Beijing semalam.

Xi menyarankan agar China dan Kanada meningkatkan kerjasama dalam bidang sumber tenaga, sains dan inovasi, penerbangan, kewangan, pertanian moden dan teknologi bersih. 

China bersedia terus menyokong syarikat tempatan melabur di Kanada, serta mengalu-alukan syarikat Kanada mengambil bahagian dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R). 

Xi juga mahu kedua-dua pihak mengintensifkan pertukaran dan kerjasama dalam bidang pendidikan, kebudayaan, pelancongan dan sukan.

Trudeau pula menyatakan bahawa kerjasama kedua-dua pihak mengekalkan momentum kukuh pada tahun-tahun kebelakangan ini hingga membawa manfaat ketara kepada rakyat, sekali gus mengeluarkan isyarat positif kepada dunia. 

Kanada komited untuk memperkasakan hubungan dengan China berdasarkan prinsip saling menghormati dan saling mempercayai, di samping merancakkan kerjasama ekonomi, perdagangan dan sosiobudaya, serta mengeratkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu-isu global dan serantau. 



Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin