Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Senat AS Luluskan Rang Undang-undang Pengurangan Cukai

2017-12-03 16:40:56 CRI

Senat Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan satu rang undang-undang tentang pengurangan cukai besar-besaran melalui pengundian pagi semalam. Ini menandakan kerajaan Trump dan Parti Republikan semakin mendekati sasaran mereka dalam Kongres untuk menjayakan rancangan pengurangan cukai yang berskop paling besar dalam tempoh 30 tahun lalu.

Melalui perdebatan beberapa hari berturut-turut, Senat yang diduduki majoriti Parti Republikan telah meluluskan rang undang-undang tersebut dengan 51 undi sejutu dan 49 undi menentang. Semua anggota Parti Demokratik dan seorang anggota Republikan membuang undi menentang.

Menurut keputusan analisis yang dibuat Jawatankuasa Bersama Cukai Senat dan Dewan Perwakilan Rakyat AS sebelum ini, walaupun mempertimbangkan hasil merangsang pertumbuhan ekonomi, akta ini dipercayai akan mengakibatkan defisi AS meningkat kira-kira USD1 trilion (RM4.1 trilion) dalan tempoh 10 tahun akan datang.

Dewan Perwakilan Rakyat AS juga meluluskan satu rang undang-undang tentang pengurangan cukai bulan lalu, tetapi kandungannya amat berbeza dengan rang yang diluluskan Senat.

Senat dan Dewan Perwakilan Rakyat AS akan menjalankan perbindangan mengenai kedua-dua rang undang-undang itu untuk mencapai satu edisi yang sepakat yang akan diserahkan untuk diputuskan dalam pengundian.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin