Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

PM Li: Galak Pembinaan EAEC

2017-11-14 14:41:59 CRI

Perdana Menteri China, Li Keqiang menegaskan perlunya mempercepat pembinaan Komuniti Ekonomi Asia Timur (EAEC), dalam Sidang Kemuncak ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan (10 3) ke-20 di Manila pagi tadi.

Li menyatakan bahawa Asia Timur muncul sebagai salah satu rantau yang paling dinamik dan berpotensi selepas berjaya mengharungi dua krisis kewangan.

Rantau ini menyumbang 44% pertumbuhan ekonomi dunia tahun lalu.

Membentuk EAEC, antara sasaran kerjasama 10 3, sesuai dengan kepentingan jangka panjang dan asas rakyat seluruh rantau.

Menurut beliau, dengan latar belakang ekonomi dunia baru mula pulih serta bangkitnya retorik antiglobalisasi dan amalan perlindungan perdagangan, semua pihak perlu bersatu tenaga untuk menggalakkan pembinaan EAEC hingga menjadikan rantau ini penjana utama pemulihan ekonomi dunia.

China menekankan pentingnya EAEC dibina menepati tujuan asalnya, iaitu menggalakkan integrasi ekonomi serantau serta mewujudkan pembangunan bersepadu dan bersama.

Dalam pada itu, dua prinsip perlu dipegang, iaitu mengekalkan kedudukan utama ASEAN serta "model ASEAN" yang berteraskan konsensus dicapai melalui rundingan, terbuka, inklusif dan sesuai dengan semua.

Kerjasama 10 3 harus diutamakan, dengan dilengkapi kerjasama subkawasan termasuk China-Jepun-Korea Selatan, Lancang-Mekong (LMC) dan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur (BIMP-EAGA), bagi membolehkan pembinaan EAEC kekal sihat, stabil dan lestari.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin