Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Pusat Media Kongres Kebangsaan Ke-19 PKC Beroperasi

2017-10-12 11:49:51

Pusat Media Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) yang terletak di Hotel Media Beijing mula beroperasi secara rasmi semalam. 

Pusat media itu menyediakan perkhidmatan kepada wartawan tempatan dan asing termasuk memberikan pas wawancara, menerima permohonan dan mengaturkan aktiviti wawancara berkenaan. 

Kongres Kebangsaan ke-19 PKC akan diadakan di Beijing pada 18 Oktober nanti. Pendaftaran wartawan dan permohonan untuk mengadakan wawancara dibuka pada 8 hingga 25 September lalu.

Naib Ketua Pusat Media Kongres Kebangsaan ke-19, Puan Wang Dongmei memaklumkan bahawa perkhidmatan yang disediakan pusat media itu terutamanya mengaturkan sidang taklimat, sidang media, wawancara secara berkumpulan dan berasingan, serta lawatan dan wawancara ke tempat lain. Pusat media juga akan menyediakan berita serta menjamin kelancaran sambungan internet dan telekomunikasi.

Pada tahun ini, aplikasi WeChat serba baharu disediakan pusat media berkenaan untuk memudahkan wartawan membuat pertanyaan dan mendapatkan maklumat dengan tepat dan cepat. 

Portal pusat media iaitu Http://19th.cpcnews.cn dan akaun WeChat dengan nama cpcnews19th telah dilancarkan semalam.



Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin