Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

IMF Naikkan Unjuran Pertumbuhan Global

2017-10-11 15:59:53 Agensi Berita Xinhua China

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam Laporan Prospek Ekonomi Dunia yang dikeluarkan semalam, menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia bagi tahun ini dan tahun depan sebanyak 0.1%, masing-masing kepada 3.6% dan 3.7%.

IMF menjangka bahawa 75% ekonomi di dunia akan tumbuh lebih pesat dalam tempoh dua tahun ini. Kadar pertumbuhan sepanjang tahun ini bagi ekonomi baru muncul dan membangun yang diunjurkan 4.6% dalam laporan pada Julai lalu dapat diwujudkan. Unjuran bagi tahun depan dinaikkan kepada 4.9% berbanding 4.8% dalam laporan dahulu.

IMF untuk kali keempat meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi China, kali ini sebanyak 0.1% kepada 6.8% bagi tahun ini dan 6.5% bagi tahun depan.

Pertumbuhan ekonomi di zon Euro untuk tempoh dua tahun sama diunjurkan pada kadar 2.1% dan 1.9%, manakala Jepun dijangka merekodkan 1.5% dan 0.7%. Amerika Syarikat pula melihat unjuran dinaikkan sebanyak 0.1% dan 0.2% kepada 2.2% dan 2.3%.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin