Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China Mahu Intensifkan Perkongsian Strategik dengan Singapura

2017-09-21 15:02:04 CRI

Presiden China, Xi Jinping ditemui Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di Dewan Besar Rakyat, Beijing, semalam.

Xi Jinping berkata, memperkasakan kesalingpercayaan politik dan hubungan China-Singapura selaras dengan kepentingan rakyat kedua-dua negara ini, bahkan kondusif bagi keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau dan dunia.

China dan Singapura perlu saling memahami dan menghormati, serta menyokong satu sama lain dalam kepentingan teras masing-masing dan isu-isu yang menjadi perhatian.

China dan Singapura mempunyai pendirian yang hampir sama dan kepentingan bersama yang meluas dalam isu globalisasi ekonomi, liberalisasi perdagangan, dan pemudahan pelaburan. Kedua-dua negara ini perlu mengintensifkan perkongsian strategik, menjalankan mekanisme jawatankuasa bersama kerjasama bilateral, dan memperkasakan kerjasama dalam segenap aspek. Selain itu, interaksi sosiobudaya perlu terus dirancakkan agar persahabatan yang sedia terjalin bukan sahaja diwarisi malah bertambah erat.

Inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) kini menjadi tumpuan kerjasama antara China dengan Singapura. Kedua-dua pihak diharap dapat menjayakan program teladan kesalinghubungan di bandar Chongqing, dan mengggalakkan penglibatan negara-negara lain di rantau ini dalam pembangunan laluan perdagangan antarabangsa baharu di darat dan laut.

Lee Hsien Loong menyambut positif pandangan Presiden Xi mengenai hubungan Singapura-China. Kata beliau, Singapura mengamalkan dasar satu China dan mahu melihat China yang stabil dan makmur memainkan peranan yang lebih besar dalam hal ehwal antarabangsa.

Singapura komited merapatkan kerjasama dengan China dalam bidang prasarana, kesalinghubungan, dan sumber manusia, selain mengintensifkan perkongsian strategik demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Pihaknya menyokong pembinaan bersama B&R dan penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) demi pembangunan bersama rantau ini.

Singapura akan berusaha menggalakkan kerjasama antara China dengan ASEAN.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin