Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Zhang Gaoli Hadir Perasmian CAEXPO

2017-09-13 16:31:26 CRI

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-14 dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) telah dirasmikan di Nanning, Guangxi pagi semalam.

Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli telah menghadiri majlis perasmian tersebut dan menyampaikan ucap tema.

Beliau berkata, hubungan antara China dan ASEAN dijalinkan berlandaskan semangat Laluan Sutera yang mengutamakan keamanan, bekerjasama, terbuka, saling membelajari dan saling menguntungkan.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kedua-dua pihak telah mendorong koordinasi polisi, kesalinghubungan prasarana, kelancaran perdagangan, integrasi kewangan dan persefahaman dalam kalangan rakyat.

Zhang Gaoli menyatakan bahawa China bersedia terus mengintensifkan kesalingpercayaan politik antara kedua-dua pihak, mewujudkan "Visi 2030 Perkongsian Strategik China-ASEAN", serta terus meningkatkan kesalinghubungan antara inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan strategi serantau ASEAN dan rancangan pembangunan negara-negara ASEAN.

Selain itu, kerjasama dalam kapasiti industri antarabangsa akan terus diintensifkan, manakala kerjasama dijalankan dalam bidang sumber alternatif, telekomunikasi moden, simen, tenaga elektrik serta besi dan keluli sehingga merealisasikan pembangunan berterusan dan kemakmuran bersama melalui penaiktarafan industri.

Zhang Gaoli turut menegaskan bahawa kedua-dua pihak perlu terus memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan, mengintensifkan kerjasama kesalinghubungan, inovasi dan pertukaran sosiobudaya.

Menurut beliau, CAEXPO dan CABIS telah menjadi jambatan penting untuk China dan ASEAN meningkatkan kesalingpercayaan politik, selain wahana penting bagi kerjasama ekonomi dan perdagangan serta integrasi sosiobudaya antara satu sama lain.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin