Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China, Laos Intensifkan Kerjasama Ekonomi, Perdagangan

2017-07-10 16:52:35 Agensi Berita Xinhua China

Jawatankuasa Kerjasama Laos-China memainkan peranan penggerak, pembimbing dan penyelaras bagi menggalakkan pelaksanaan projek-projek kerjasama utama antara Laos dan China, di samping membina persekitaran pelaburan yang lebih bermanfaat kepada para pelabur kedua-dua negara, sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara dalam tempoh 20 tahun lalu.

Jawatankuasa itu membantu mendorong Perkongsian Strategik Komprehensif Laos-China agar terus maju.

Khemmani Pholsena, pengerusi Jawatankuasa Kerjasama Laos-China menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan tahniah dalam majlis sambutan ulang tahun ke-20 jawatankuasa tersebut di Vientiane, Laos baru-baru ini.

Zhao Chengang, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar China ke Laos berkata, kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dan Laos telah mencapai hasil yang amat memberangsangkan dalam tempoh 20 tahun lalu. China kini telah menjadi negara penyumbang dan pelabur terbesar, serta rakan dagang kedua terbesar bagi Laos.

China mahu bekerjasama dengan Laos dengan merebut peluang yang diundang berikutan proses pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) untuk mengintensifkan hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala.

Turut hadir ke majlis sambutan itu, lebih 200 tokoh pelbagai kalangan dari China dan Laos, termasuk Menteri Tenaga dan Perlombongan Laos, Dr. Khammany Inthirath.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin