Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Kerjasama Fokus Pertemuan Pemimpin China, Singapura

2017-07-07 12:57:29 CRI

Persahabatan tradisional antara China dan Singapura, yang terus diperkukuh menerusi kerjasama dan berkongsi pengalaman, membuahkan hasil yang memberangsangkan. Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Xi Jinping dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong di Hamburg, Jerman semalam.

Presiden Xi menyatakan bahawa kedua-dua negara patut menyambung usaha pemimpin dahulu, terus saling memahami dan saling menyokong dalam isu-isu yang menjadi kepentingan dan tumpuan bersama.

Beliau menggalakkan kedua-dua pihak menginovasi mod kerjasama dan mengoptimumkan potensi dalam pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) seperti dalam bidang kesalinghubungan infrastruktur, pelaburan, perdagangan dan kewangan.

China dan Singapura disarankan mempercepat pelaksanaan projek-projek utama antara kerajaan, selain memperluas kerjasama dalam bidang teknologi baharu, termasuk Internet dan komunikasi maklumat.

Usaha juga akan dilakukan untuk merancakkan pertukaran di kalangan rakyat, dan meningkatkan penyelarasan dalam tadbir urus global di bawah rangka multilateral seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Kumpulan 20 (G20).

Singapura merupakan penyelaras hubungan ASEAN dengan China pada tahun ini dan pengerusi bergilir ASEAN pada tahun depan.

Xi menegaskan bahawa China akan sentiasa menyokong Singapura dalam usaha meningkatkan integrasi serantau dan membangunkan komuniti berkongsi nasib yang lebih kukuh antara China dan ASEAN.

Lee pula menekankan pentingnya memperkasakan hubungan Singapura-China dalam situasi antarabangsa yang penuh pancaroba.

Singapura akan terus menyokong dan aktif menyertai pembangunan B&R, menjayakan projek-projek utama antara kerajaan, serta meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang kewangan, kereta api laju dan kawasan perdagangan bebas.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin