Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Macron Menang Majoriti Besar Parlimen Perancis

2017-06-19 15:14:35

Hasil pengiraan awal pengundian pusingan kedua pilihan raya Parlimen Perancis yang diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri malam semalam meletakkan parti Republic on the Move (LREM) dan sekutunya jauh di hadapan pesaing lain. Ini bermakna, kemungkinan parti pimpinan Presiden Emmanuel Macron itu merebut majoriti besar kerusi Parlimen penggal baharu sudah boleh dijangkakan.

 Hasil awal tersebut menunjukkan parti LREM dan parti MoDem telah memperoleh 294 kerusi, yang melebihi 289 kerusi diperlukan untuk membentuk majoriti.

Beberapa agensi tinjauan pendapat umum Perancis meramalkan bahawa kem Macron bakal memperoleh kira-kira 355 kerusi.

Namun, 56.59% pengundi berdaftar memilih tidak mengundi dalam pusingan kedua pilihan raya ini. Menurut media, angka ini merupakan yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya Parlimen Perancis setakat ini.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin