Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Wang Yi Ditemui Tiga Ketua Delegasi BRICS

2017-06-19 12:03:46 CRI

Menteri Luar China, Wang Yi semalam ditemui tiga orang ketua delegasi yang hadir untuk Mesyuarat Menteri Luar Negara-negara BRICS, iaitu Menteri Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan, Maite Nkoana-Mashabane; Menteri Negara Urusan Luar Negeri India, Vijay Kumar Singh; dan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, di Beijing semalam.

Untuk menghadapi situasi antarabangsa yang sentiasa berubah, negara-negara BRICS perlu meningkatkan perpaduan dan memainkan peranan contoh dalam menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan. Demikian saranan Wang Yi ketika bertemu dengan Mashabane.

China bersedia meningkatkan koordinasi dan kerjasama dengan Afrika Selatan, bersama-sama menggalakkan pembinaan Forum Kerjasama China-Afrika dan mekanisme negara-negara BRICS, terus memperluas kerjasama strategik kedua-dua negara, serta melindungi kepentingan bersama kedua-dua pihak bahkan negara-negara membangun.

Wang Yi dalam pertemuan dengan Vijay Kumar Singh menyatakan bahawa sebagai dua gergasi yang amat berpengaruh, China bersedia meningkatkan kerjasama dengan India dalam semua rangka pelbagai hala termasuk BRICS dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai, dan bersama-sama memainkan peranan konstruktif dalam usaha memelihara kedamaian dan kestabilan rantau bahkan dunia.

Dalam pertemuan dengan Lavrov pula, Wang Yi menyatakan kesediaan China untuk mengintensifkan koordinasi dengan Rusia, rakan kerjasama penting bagi China dalam mekanisme BRICS.

Mesyuarat Menteri Luar Negara-negara BRICS yang diadakan julung kalinya ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan kesalingpercayaan strategik antara kelima-lima negara, memperkukuh kerjasama dalam bidang politik, keselamatan, ekonomi, perdagangan dan kewangan, pertukaran sosiobudaya dan pembangunan mekanisme berkenaan, selain menyatukan suara negara-negara terlibat.

Mesyuarat ini juga dilihat sebagai langkah persiapan bagi pertemuan pemimpin BRICS yang bakal diadakan di Xiamen, provinsi Fujian China.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin