Lokasi Anda: Laman Utama > 马来语新闻焦点图 > Kandungan

China, Senegal Komited Intensifkan Kerjasama Pelbagai Bidang

2018-07-22 16:15:14

China, Senegal Komited Intensifkan Kerjasama Pelbagai Bidang

Hubungan China dengan Senegal kini berada di landasan yang tepat, rasa saling mempercayai dalam bidang politik semakin ditingkatkan dan kerjasama ekonomi dua hala turut membuahkan hasil yang konkrit berikutan perkongsian strategik komprehensif bilateral yang telah ditetapkan antara pemimpin kedua-dua negara pada 2016.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Senegal ketika menemui rakan sejawatnya dari Senegal, Macky Sall di Dakar, ibu kota Senegal pada 21 Julai lalu.

China, Senegal Komited Intensifkan Kerjasama Pelbagai Bidang

Xi Jinping menegaskan bahawa beliau memuji Senegal yang secara proaktif melibatkan diri dalam pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) di samping menyokong dengan sepenuhnya kerjasama antara China dengan Afrika. China amat menanti-nantikan Senegal menjadi negara pertama yang menandatangani perjanjian kerjasama B&R dengan China di rantau Afrikat Barat. Melalui usaha tersebut, kerjasama China dengan Senegal dipercayai akan semakin dinaik taraf.

Macky Sall berkata, negaranya amat menghargai prestasi dan kemajuan China yang tercapai dalam proses pembangunan dan mengucapkan terima kasih atas sokongan dan bantuan yang dihulurkan oleh China terhadap pertumbuhan sosioekonomi Senegal .

Senegal berseida mengintensifkan kerjasama dua hala dengan China dalam pelbagai bidang, termasuk pembinaan prasarana, talian air, perindustrian, pemprosesan produk pertanian, pelancongan, kebudayaan dan sukan.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin