Lokasi Anda: Laman Utama > 马来语新闻焦点图 > Kandungan

China, Dunia Arab Naik Taraf Ikatan

2018-07-10 15:45:25

China, Dunia Arab Naik Taraf Ikatan

China dan negara-negara Arab bersepakat menjalin perkongsian strategik berlandaskan kerjasama holistik, pembangunan bersama dan berkongsi masa depan.

Demikian diumumkan oleh Presiden China, Xi Jinping dalam ucaptama pada perasmian mesyuarat peringkat menteri ke-8 Forum Kerjasama China-Negara Arab di Beijing hari ini.

Xi menyatakan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China disokong luas dan disertai aktif oleh masyarakat antarabangsa termasuk dunia Arab.

Negara-negara Arab yang berada di titik pertemuan Jalur Ekonomi Jalan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, rakan kongsi semula jadi bagi China untuk bersama-sama membangunkan B&R.

Pembangunan B&R turut memangkin hubungan antara China dengan dunia Arab, sekali gus melonjakkan ikatan kerjasama ke tahap baharu.

China bersedia meningkatkan penyelarasan strategi dan tindakan dengan dunia Arab, serta sinergi dalam membangunkan B&R.

China, Dunia Arab Naik Taraf Ikatan

China dan negara-negara Arab selaku pemain penting di pentas antarabangsa, hendaklah membuka jalan baharu yang membawa kepada kebangkitan Asia Barat.

Menyentuh isu Palestin, Xi menyeru semua pihak terlibat mematuhi konsensus antarabangsa dan menangani isu tersebut secara adil.

Beliau mengulangi sokongan China terhadap usaha memecahkan kebuntuan rundingan Palestin-Israel berdasarkan "penyelesaian dua negara" dan Inisiatif Keamanan Arab.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin