Lokasi Anda: Sinar Islam > Etnik Minoriti
Etnik Tajik

Etnik Tajik

2014-11-05 15:44November 17 2019 10:17:28

Penduduk etnik Tajik berjumlah lebih 30 ribu orang, etnik itu tinggal secara berkelompok di bahagian barat daya Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China, iaitu bahagian timur dataran tinggi Pamir. Kawasan penempatan etnik Tajik berhampiran puncak gunung kedua tertinggi di dunia, iaitu Godwin Austen, puncak gunungnya diliputi salji, di kaki gunung itu ialah padang rumput dan ladang. Penduduk etnik Tajik tinggal di kawasan itu sejak turun temurun.

Etnik Kazak

Etnik Kazak

2014-11-05 15:42November 17 2019 10:17:28

Penduduk Etnik Kazak berjumlah lebih 1.1 juta orang, mereka tinggal secara berkelompok di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, sebahagian lagi tinggal di provinsi Gansu dan Qinghai. Kawasan kediaman etnik Kazak merupakan padang rumput yang subur dan sesuai untuk dijadikan kawasan penternakan. Kebanyakan penduduk etnik Kazak kerja sebagai penggembala sejak turun-temurun, sebahagian kecil penduduk etnik mengusahan pertanian dan menanam tumbuh-tumbuhan. Pada masa dahulu, jarang terdapat penduduk etnik Kazak berniaga, tetapi sekarang, ramai penduduk etnik itu berniaga.

Etnik Bonan

Etnik Bonan

2014-11-05 15:41November 17 2019 10:17:28

Etnik Bonan, merupakan salah satu daripada 10 etnik yang beragama Islam di negara China. Etnik ini mempunyai lebih 20 ribu orang penduduk berdasarkan bancian penduduk China tahun 2010. Kebanyakan warga etnik ini menetap di provinsi Gansu dan Qinghai di kawasan barat laut China.

Etnik Uygur

Etnik Uygur

2014-11-05 15:32November 17 2019 10:17:28

Etnik Uygur berjumlah lebih 7.2 juta orang, penduduk etnik itu tinggal secara berkelompok di Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang China, kebanyakan mereka menetap di sebelah selatan Gunung Tianshan di wilayah itu.

Etnik Salar

Etnik Salar

2014-11-05 15:27November 17 2019 10:17:28

Etnik Salar, salah satu daripada sepuluh etnik minoriti yang beragama Islam di China. Menurut bancian kebangsaan yang dilakukan pada tahun 2010, terdapat lebih 130 ribu orang etnik Salar di negara ini. Kebanyakan orang etnik Salar tinggal secara berkelompok di Kaunti Autonomi Salar Xunhua yang berhampiran dengan Sungai Kuning di bahagian timur provinsi Qinghai.

Etnik Uzbek

Etnik Uzbek

2014-11-05 15:22November 17 2019 10:17:28

Etnik Uzbek yang jumlahnya lebih 10 ribu orang tinggal secara berkelompok di kawasan selatan dan utara Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China. Sejarah Etnik Uzbek bermula pada abad ke-14. Pada abad ke-15, ramai saudagar Uzbek dari Asia Tengah berniaga ke China melalui Laluan Sutera. Sebahagian saudagar itu menetap di kawasan Xinjiang, dan lama-kelamaan, etnik Uzbek telah membuka penempatan di kawasan tersebut.

Etnik Tatar

Etnik Tatar

2014-11-05 15:13November 17 2019 10:17:28

Etnik Tatar China berjumlah lebih 40 ribu orang, etnik itu tinggal secara berkelompok di Bandar Yining, Tacheng dan Urumqi di Wilayah Autonomi Etnik Vygur Xinjiang China.

Etnik Hui

Etnik Hui

2014-11-02 14:27November 17 2019 10:17:28

Etnik Hui adalah salah satu etnik minoriti yang teramai di China. Berdasarkan banci pada tahun 1990, penduduk etnik itu berjumlah lebih 8.6 juta orang, menduduk tempat ke-4 teramai antara etnik-etnik minoriti di China.

Etnik Dongxiang

Etnik Dongxiang

2014-11-02 14:08November 17 2019 10:17:28

Jumlah penduduk etnik Dongxiang di negara China lebih 370 ribu orang, dan kebanyakan mereka menetap di provinsi Gansu, Wilayah Autonomi Hui Ningxia dan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Etnik Dongxiang juga dikenali sebagai “Dongxiang Hui Hui” atau “Dongxiang Mongol”. Ketika Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949, etnik ini secara rasmi dipanggil etnik Dongxiang. Bahasa etnik Dongxiang hampir sama dengan bahasa Mongol dari segi pertuturan tetapi etnik ini tidak mempunyai sistem tulisan sendiri. Mereka juga fasih bertutur dalam bahasa Mandarin.

< 1 2

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin