Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Etnik Minoriti > Kandungan

Haji Ma Xiyuan, Pelukis Islam yang Terkemuka

2016-04-14 14:14:18

Haji Ma Xiyuan, Pelukis Islam yang Terkemuka

Haji Ma Xiyuan, yang dilahirkan pada tahun 1929 merupakan penduduk etnik Hui yang berasal dari Lanzhou, ibu kota provinsi Gansu, China. 
Beliau merupakan pelukis Islam yang terkemuka di China dan menyandang pelbagai jawatan di beberapa persatuan pelukis seperti ahli Persatuan Pelukis Provinsi Gansu, ahli Persatuan Pelukis dan Penulis Warga Emas China dan penasihat Akademi Kaligrafi dan Lukisan Kreatif Etnik Minoriti China.
Haji Ma mula belajar melukis dan menulis kaligrafi ketika berusia 14 tahun. 

Haji Ma Xiyuan, Pelukis Islam yang Terkemuka

Beliau telah mengikuti pengajian dengan pelukis-pelukis yang terkemuka di China seperti Li Kuchan dan Li Keran.
Haji  Ma merupakan seorang penganut Islam yang amat taat kepada suruhan agama. 
Dalam tempoh lebih 50 tahun yang lalu, beliau telah menghasilkan sejumlah karya yang hebat dan mengadakan pameran lukisan di beberapa tempat di China.
Pada tahun 1995 hingga 2002, beliau telah lapan kali mengadakan pameran di Malaysia dan menerima lebih 10 orang pelajar di negara tersebut. 
Pelukis Malaysia menganggap karya Haji Ma sumpama teras budaya bangsa China. 
Karya beliau telah menjadi koleksi persatuan dan individu dari Malaysia, Singapura, Jepun, Australia, Hong Kong dan Taiwan serta sering menjadi hadiah kepada pemimpin negara asing. 
Nama beliau telah disenaraikan dalam senarai pelukis-pelukis hebat China. 
Malaysia pula telah menerbitkan Koleksi Karya Haji Ma Xiyuan.

Haji Ma Xiyuan, Pelukis Islam yang Terkemuka


(Pameran kaligrafi dan lukisan sempena memperingati ulang tahun ke-70 kerjaya Haji Ma Xiyuan yang dirasmikan di Muzium Gansu pada pagi 29 April 2014 lalu.)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin