Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Etnik Minoriti > Kandungan

Turupu Ameti, Penduduk Islam Yang Paling Panjang Umur di China

2015-03-11 16:16:52

Turupu Ameti, Penduduk Islam Yang Paling Panjang Umur di China

Pada tahun 1980-an, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China telah disenaraikan sebagai salah satu kawasan yang rata-rata jangka hayat penduduknya paling panjang di dunia oleh Persatuan Perubatan Dunia. Iklim dan ekologi yang unik serta pelbagai jenis buah-buahan menjadikan wilayah itu mempunyai sejumlah besar penduduk yang usia mereka melebihi 100 tahun.
Turupu Ameti dari Kampung Taremuboyi, kaunti Shache, Xinjiang menjadi penduduk yang paling panjang umur di China. Beliau dilahirkan pada 5 Februari 1892 dan telah berusia 122 tahun. 
Beliau telah tiga kali berkahwin. Ketika usianya 80 tahun, beliau dikurniai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan lagi.
Turupu Ameti menanam banyak pokok buah badam dan walnut di rumah sendiri. Beliau makan buah badam dan walnut setiap hari. Ameti tidak menghisap rokok dan minum arak. Beliau suka makan daging kambing dan lembu, tetapi tidak makan lemak daging.

Turupu Ameti, Penduduk Islam Yang Paling Panjang Umur di China
Ameti juga makan sayur-sayuran yang ditanam sendiri. Beliau tidur dan bangun mengikut waktu yang tetap, iaitu pada pukul 11.00 malam hingga 6.00 pagi. Walaupun sudah tua, beliau masih bekerja di ladang pada setiap hari dan sering membantu rakan sekampung. Selain itu, beriadah juga adalah antara faktor panjang umur beliau.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin