Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Etnik Minoriti > Kandungan

Gulimina Maimaiti, Utusan Budaya Xinjiang

2015-03-04 15:33:22

Semasa aktiviti menyambut Tahun Baharu Cina baru-baru ini, Gulimina Maimaiti, seorang penari etnik Uygur berjaya menarik perhatian umum. 

Pada 7 Julai 2014, beliau menjadi johan dan mendapat gelaran “penari paling popular" dalam pertandingan Tarian Unggul China anjuran Stesen TV Zhejiang. Sejak itu, beliau menjadi penari yang terkenal di seluruh China. 

Gulimina berasal dari Karamay, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, yang dikenali sebagai “lautan nyanyian dan tarian” di China. Ketika berusia lapan tahun, beliau mula mengikuti kelas tarian. Dua tahun kemudian, beliau meraih pingat emas dalam Pertandingan Tarian Kanak-kanak Xinjiang. Ketika berusia 12 tahun, beliau mula mengikuti pengajian profesional di Institut Kesenian Xinjiang. Setelah tamat pengajian, beliau bekerja sebagai guru di fakulti tarian institut tersebut.

Dengan usaha gigih, Gulimina telah memperoleh sejumlah besar hadiah daripada pelbagai pertandingan dan aktiviti kesenian di China. Oleh itu, beliau mendapat gelaran “utusan budaya Xinjiang”.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin