Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Etnik Minoriti > Kandungan

Ma Hucheng, Peguam dan Penulis Kaligrafi Islam yang Terkemuka

2015-01-15 15:25:27

Ma Hucheng, Peguam dan Penulis Kaligrafi Islam yang Terkemuka

Ma Hucheng, etnik Hui yang berasal dari timur provinsi Qinghai, China. Beliau merupakan seorang peguam yang terkenal di China. Sejak kecil, beliau terpengaruh dengan ibu bapa beliau yang amat meminati kesusasteraan, syair dan puisi kuno di China. 
Setelah menceburkan diri dalam bidang undang-undang selama 30 tahun, beliau telah menjadi seorang peguam yang terkemuka dan firma guamannya amat berjaya.
Selain bidang undang-undang, beliau juga telah mencapai kecemerlangan dalam kaligrafi. Karya yang dihasilkan oleh beliau telah disimpan di Universiti Islam Arab Saudi dan di Memorial Mao Zedong. Selain itu, Pasukan Pembela Bendera Kebangsaan di Dataran Tian'an Men, Jabatan Polis Madinah dan Konsulat Jeddah turut menyimpan karya beliau. 

Ma Hucheng, Peguam dan Penulis Kaligrafi Islam yang Terkemuka


Pada tahun 2004, beliau dan rakan-rakan telah menubuhkan Pusat Pertukaran Kebudayaan dan Kesenian Etnik Hui Qinghai. Pusat tersebut selalu mengadakan pertukaran kesenian dengan pertubuhan yang lain, menggalakkan perkembangan kesenian etnik Hui yang menganut Islam sejak turun-temurun serta mengadakan lelongan untuk tujuan kebajikan.
Ketika berucap dalam beberapa majlis, beliau sangat menggalakkan umat Islam agar setia kepada agama, mencintai negara dan berusaha untuk meningkatkan taraf etika masyarakat.
Semasa Ma menunaikan fardu haji di Mekah, beliau telah memperkenalkan pembangunan dan kebudayaan Islam China kepada saudara Islam di negara asing.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin