Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Etnik Minoriti > Kandungan

Kehidupan Bahagia Kaum Wanita Etnik Kazak

2014-11-05 16:14:37

Kehidupan Bahagia Kaum Wanita Etnik Kazak

Kaunti Autonomi Kazak Mulei yang terletak di kawasan utara Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, kini menjadi tempat penghasil sulaman yang terkenal di China. Entik Kazak merupakan salah sebuah daripada 10 etnik yang beragama Islam di China. Penduduk Etnik Kazak berjumlah lebih 1.1 juta orang, mereka tinggal secara berkelompok di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Kawasan kediaman etnik Kazak merupakan padang rumput yang subur dan sesuai untuk dijadikan kawasan penternakan. Kebanyakan penduduk etnik Kazak kerja sebagai penggembala sejak turun-temurun. Kini, sulaman menjadi saluran yang baharu bagi kaum wanita etnik Kazak untuk mencari rezeki.


Kehidupan Bahagia Kaum Wanita Etnik Kazak

Gulinaz, 50 tahun dikenali sebagai "Penyulam No.1 Kazak". Beliau belajar menyulam dengan ibunya sejak kecil lagi. Menurutnya, sulaman etnik Kazak mempunyai sejarah yang lama dan berkaitan erat dengan budaya pengembara. Warna dalam sulaman Kazak melambang maksud yang berbeza, seperti biru melambang langit, mereh melambang suria, putih melambang bahagia, kuning melambang cerdas, hitam melambang sedih, dan hijau melambang musim bunga. Kaum wanita etnik Kazak perlu menguasai teknik menyulam. Gulinaz pernah memberikan persembahan menyulam di Jepun pada tahun 1987 dan mendapat sambutan yang baik. Beliau mengumpul banyak ikon sulaman etnik Kazak dan mengkaji pelbagai teknik menyulam. Pada tahun 2011, beliau menerbitkan buku pengajaran "Seni Ikon Kazak".


Kehidupan Bahagia Kaum Wanita Etnik Kazak

Menurutnya, kira-kira 4,500 orang wanita etnik Kazak menceburkan diri dalam sektor ini. Ketika berjalan di kaunti Mulei, kita seolah-olah memasuki dunia sulaman yang berwarna-warni. Taman Budaya dan Industri Sulaman Kazak Mulei mula dibina pada penghujung tahun lalu. Persatuan Penyulam Meirewati dapat menghasilkan lebih 400 jenis sulaman, dan pendapatan mencatat RMB dua juta setahun. Hasil sulaman Kazak laris dijual di Kazakhstan, Jepun, Turki dan bandar-bandar di China.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin