Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Etnik Minoriti > Kandungan

Etnik Kirgiz

2014-11-05 15:46:21

Etnik Kirgiz

Etnik Kirgiz berjumlah lebih 140 ribu orang, kebanyakannya tinggal secara berkelompok di bahagian barat daya Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang China. Kawasan penempatan etnik itu di sebelah barat kawasan pergunungan, terdapat sungai besar dan padang rumput yang subur di kawasan tersebut. Penduduk etnik itu mengusahakan penternakan sejak turun-temurun, terdapat sebahagian penduduk etnik itu juga bekerja dalam bidang pertanian.

Kebudayaan etnik Kirgiz sangat cemerlang. Epik kalangan rakyat "Manasi" sangat terkenal dan merupakan sebahagian penting warisan budaya China. Alat muzik etnik itu "Kaomuzi" boleh memainkan muzik yang merdu, melodinya sangat menarik. Selain itu, kesenian sulaman, ukiran, tenunan, barangan hiasan yang diperbuat daripada emas dan perak juga sangat terkenal. semasa pesta, rakyat etnik itu akan mengadakan pelbagai aktiviti keraian.

Upacara perkahwinan etnik Kirgiz sangat meriah. Majlis itu diadakan dalam dua peringkat, iaitu meminang dan menikah. Semasa meminang, bakal pengantin lelaki akan menunggung kuda dan menghantar kapas bermutu tinggi kepada keluarga pihak bakal pengantin perempuan. Ibu bapa bakal pengantin perempuan akan meraikan bakal pengantin lelaki dengan makanan yang paling lazat. Kalau ibu bapa bakal pengantin perempuan melemparkan tepung gandum ke badan bakal pengantin lelaki, ini bermaksud mereka bersetuju anak perempuan mereka bernikah dengan lelaki itu.

Majlis perkahwinan biasanya akan berlangsung selama 3 hari dan biasanya akan diadakan di rumah pihak pengantin perempuan pada akhir bulan. Pada hari pertama dalam tempoh majlis perkahwinan, pengantin lelaki membawa hadiah dengan ditemani ibu bapa dan saudara maranya ke rumah pengantin perempuan. Hadiah yang dibawa oleh pengantin lelaki itu biasanya ialah dua ekor kambing yang baru disembelih serta beberapa ekor ternakan lain.

Sebelum upacara perkahwinan dimulakan, saudara mara pengantin perempuan akan mengikat kedua-dua pengantin di depan pintu rumah, bapa dan saudara pengantin perempuan meminta hadiah daripada saudara mara pihak pengantin lelaki, setelah mendapat hadiah, kedua-dua pengantin baru dilepaskan.

Setelah upacara perkahwinan dimulakan, seorang warga emas pihak pengantin lelaki akan melemparkan gula-gula dan kuih-kuih kepada para hadirin, para hadirin akan berebut gula-gula dan kuih-kuih tersebut. Ibu pengantin perempuan akan menyanyi lagu untuk mengucapkan selamat jalan kepada anak perempuannya. Seterusnya, para hadirin dengan kaki kambing dengan perlahan memukul pengantin baru, kemudian menari bersama-sama.

Berikutnya, imam menikahkan mereka dan selepas itu memberikan roti Nan yang direndam dalam air masin untuk dimakan oleh kedua-dua pengantin baru, ini melambangkan kedua-dua mereka akan sehidup semati.

Pada hari kedua, keluarga kedua-dua pihak pengantin baru mengadakan majlis keraian seperti perlumbaan kuda dan bergusti. Pada malam itu, pengantin perempuan berkunjung ke rumah pengantin lelaki, yang dihadiri ramai tetamu, mereka dengan gembira menari bersama-sama sehingga larut malam. Setelah diberi hadiah oleh pengantin baru, para hadirin baru balik ke rumah mereka.

Pada hari ketiga, pengantin perempuan akan membawa hantaran kahwin pergi ke rumah pengantin lelaki, beliau akan diraikan oleh para penduduk di kampung-kampung dalam perjalanan itu. Dalam tempoh beberapa hari setelah majlis perkahwinan berakhir, pengantin baru akan menerima undangan saudara mara untuk menghadiri pelbagai aktiviti keraian. Kedua-dua pengantin baru akan menikmati bulan madu mereka.

Warisan muzik etnik Kirgiz sangat cemerlang, bakat penduduk etnik itu sangat tinggi. Banyak legenda, cerita, syair dan lagu rakyat disampaikan oleh penyanyi etnik itu sejak turun-temurun. Alat muzik etnik Kirgiz yang paling terkenal ialah "Kumuzi". Terdapat satu pepatah di kalangan penduduk etnik Kirgiz, "Kumuzi akan menemani tuannya sepanjang umur". Nenek moyang etnik Kirgiz pernah menghadiahkan alat muzik itu kepada maharaja Dinasti Tang, kemudian alat muzik itu diperkenalkan di ke Jepun, Kashmir, Parsi dan Arab. Alat muzik "Kumuzi" ialah sumbangan etnik Kirgiz terhadap tamadun dunia.

Semasa merayakan pelbagai pesta, penduduk etnik Kirgiz sambil bermain "Kumuzi" sambi menyanyi dan menari, suasana sangat meriah.

Karpet yang digantung pada dinding ialah hiasan popular di rumah penduduk etnik Kirgiz, karpet itu biasanya sepanjang 1.2 hingga 3 meter dan lebarnya 1.2 hingga 2.5 meter. Gambar pada karpet di dinding itu pelbagai bentuk, seorang perempuan membuat karpet seperti itu biasanya mengambil masa selama beberapa bulan. Karpet itu juga sering menjadi hadiah daripada pengantin perempuan untuk pengantin lelaki.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin