Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Etnik Minoriti > Kandungan

Etnik Tatar

2014-11-05 15:13:09

Etnik Tatar

Etnik Tatar China berjumlah lebih 40 ribu orang, etnik itu tinggal secara berkelompok di Bandar Yining, Tacheng dan Urumqi di Wilayah Autonomi Etnik Vygur Xinjiang China.

Etnik Tatar juga dikenali sebagai etnik "Dadan". Pada pertengahan abad ke-15, etnik itu menetap di kawasan aliran Sungai Volga dan Kama. Pada awal abad ke-20, etnik Tatar berhijrah ke Wilayah Xinjiang dan menjadi salah satu etnik minoriti China.

Etnik Tatar mempunyai bahasa sendiri, tulisannya berasaskan tulisan bahasa Arab. Oleh sebab etnik itu menetap bersama-sama etnik Vygur dan etnik Kazak sejak turun temurun, maka bahasa dan tulisan kedua-dua etnik itu juga sering digunakan dalam kehidupan penduduk etnik Tatar.

Ramai Etnik Tatar berniaga atau bekerja sebagai guru di bandar dan pekan. Dalam tempoh lebih 100 tahun lalu, etnik Tatar telah memberi sumbangan besar terhadap pembangunan di Wilayah Autonomi Etnik Vygur Xinjiang China. Pada masa ini, penduduk etnik Tatar aktif mencemburkan diri dalam bidang perniagaan dan perdagangan. etnik Tatar beragama Islam, roti panggang dan kuih etnik itu sangat terkenal di Wilayah Autonomi Etnik Vygur Xinjiang China.

Adat resam etnik Tatar mempunyai ciri-ciri masyarakat Eropah, rumah, hiasan dan cara hidup mereka berlainan dengan etnik Vygur dan etnik Kazak di kawasan itu, ini disebabkan etnik itu berasal dari Eropah dan tinggal secara berkelompok di bandar.

Rumah penduduk etnik Tatar mempunyai bumbung yang rata, halamannya ditanam pokok, rumput dan bunga, kelihatan seperti taman bunga. Tembok rumah etnik itu lebih tebal untuk mencegah kebakaran dan tahan sejuk pada musim sejuk. Warna dinding rumah mereka lebih cerah dan dihiasi dengan karpet. Perabot di rumah itu berciri gaya Eropah dan sangat mewah.

Lelaki etnik Tatar suka memakai kemeja putih yang bersulam, baju dan seluar mereka berwarna hitam, topi mereka biasanya warna hitam atau putih dan bersulam. Kaum wanita etnik itu suka memakai topi berwarna-warni dan dihiasi mutiara, skirt panjang warna putih, kuning atau merah, mereka juga suka memakai subang, gelang dan rantai.

Makanan etnik Tatar sangat lazat, dua jenis roti etnik itu sangat terkenal. Penduduk etnik Tatar selain suka minum teh, juga sangat suka minuman yang diperbuat daripada madu atau anggur liar. Kuih Etnik Tatar berciri kuih di Eropah, jumlah jenisnya sangat banyak dan sedap. Penduduk Etnik Tatar biasanya menggunakan garpu semasa makan. Kalau penduduk etnik itu menghadiri jamuan penduduk etnik Vygur atau Etnik Kazak, mereka biasanya membawa garpu keluli sendiri.

Berdasarkan adat resam etnik Tatar, upacara perkahwinan biasanya diadakan di rumah pengantin perempuan. Selepas berkahwin, pengantin baru akan tinggal di rumah pengantin perempuan selama 3 hingga 6 bulan, terdapat suami isteri setelah mempunyai anak baru pindah ke rumah suami.

Upacara perkahwinan Etnik Tatar berdasarkan peraturan agama Islam. Setelah imam berdoa, beliau akan bertanya bakal pengantin baru sama ada mereka bersetuju menikah atau tidak. Setelah mendapat jawapan, imam akan menyediakan segelas air gula kepada pengantin baru untuk diminum oleh kedua-dua mereka, air gula itu melambangkan pengantin baru akan hidup bahagia dan manis seperti gula. Pada keesokan harinya, pengantin lelaki akan menziarahi mertua dan membawa isterinya pulang ke rumahnya. Jamuan perkahwinan dan pelbagai hiburan sudah disiapkan di rumah pengantin lelaki.

Mertua sangat mesra melayan menantu lelaki, dalam tempoh pengantin lelaki tinggal di rumah pengantin perempuan, mertua akan menghidangkan makanan yang paling lazat kepada menantu mereka agar menantu itu berasa seperti berada di rumah sendiri.

Penduduk etnik Tatar pandai menyanyi dan menari. Di Wilayah Autonomi Etnik Vygur Xinjiang China, kalau penduduk etnik lain merayakan pesta atau upacara perkahwinan, penduduk etnik Tatar yang menghadiri upacara itu akan mempersembahkan tarian yang menarik dan lagu yang merdu.

Semasa perayaan, penduduk etnik Tatar biasanya mengadakan pertandingan menari. Pada musim bunga setiap tahun, penduduk etnik itu akan mengadakan pesta meriah yang dikenali sebagai "Pesta Saban". Penduduk etnik itu memilih satu tempat yang pemandangan alamnya sangat indah, para hadirin sambil menyanyi sambil menari, mereka menikmati waktu yang sangat bahagia.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin