Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Etnik Minoriti > Kandungan

Etnik Dongxiang

2014-11-02 14:08:08

Etnik Dongxiang

Jumlah penduduk etnik Dongxiang di negara China lebih 370 ribu orang, dan kebanyakan mereka menetap di provinsi Gansu, Wilayah Autonomi Hui Ningxia dan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Etnik Dongxiang juga dikenali sebagai “Dongxiang Hui Hui” atau “Dongxiang Mongol”. Ketika Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949, etnik ini secara rasmi dipanggil etnik Dongxiang. Bahasa etnik Dongxiang hampir sama dengan bahasa Mongol dari segi pertuturan tetapi etnik ini tidak mempunyai sistem tulisan sendiri. Mereka juga fasih bertutur dalam bahasa Mandarin.

Agama dan adat resam etnik Dongxiang hampir sama dengan etnik-etnik beragama Islam yang lain di kawasan barat laut China.

Misalnya, adat resam perkahwinan etnik Dongxiang dipengaruhi oleh kebudayaan dan hukum agama Islam. Bakal pengantin tidak boleh berjumpa sebelum menikah, dan calon pengantin ditentukan oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa sebelah lelaki akan mewakilkan telangkai menziarahi ibu bapa pihak perempuan. Kalau mendapat persetujuan, ibu bapa pihak lelaki akan menghantar barangan seperti teh dan pakaian ke rumah pihak perempuan sebagai hadiah pertunangan.

Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki dan keluarganya berkunjung ke rumah pihak perempuan untuk menjemputnya ke rumah mereka. Upacara akad nikah akan diadakan dan dilakukan oleh imam.

Orang etnik Dongxiang melayan tetamu dengan sangat mesra. Masakan ayam menjadi hidangan wajib kepada tetamu dalam amalan etnik ini. Bahagian ayam yang akan dihidangkan dan dimakan oleh tetamu tergantung kepada pangkat. Sayap ayam biasanya dihidangkan kepada tetamu kehormat atau orang tua yang disegani.

Etnik Dongxiang mempunyai pelbagai aktiviti hiburan dan riadah. Gugudu merupakan aktiviti yang popular dalam kalangan pemuda etnik Dongxiang. Dalam permainan ini, peserta dibahagikan kepada dua pasukan. Mereka menggunakan sebatang kayu sepanjang lima sentimeter untuk memukul sebiji bola kayu yang besarnya seperti sebiji telur ayam. Peserta yang berjaya memukul bola itu ke sasaran yang ditentukan akan diisytiharkan sebagai pemenang.


Lelaki etnik Dongxiang biasanya memakai jubah yang agak longgar dan mengikat tali pinggang yang lebar. Pisau, dompet, kotak tembakau paip dan kaca mata digantung pada tali pinggang itu. Mereka juga memakai topi yang berwarna putih atau hitam. Wanita etnik Dongxiang pula suka memakai weskot atau rompi di luar baju mereka. Kanak-kanak perempuan memakai topi yang berwarna biru atau hijau yang dihias dengan bunga merah dan manik-manik. Gadis yang belum berkahwin memakai tudung yang dibuat daripada sutera yang berwarna hijau, manakala mereka yang sudah berkahwin memakai tudung yang berwarna hitam dan warga emas memakai tudung yang berwarna putih.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin