Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Masjid > Kandungan

Masjid Jianchangying

2017-05-08 13:30:05

Masjid Jianchangying

Pekan Jianchangying yang terletak di timur laut bandar Qian'an provinsi Hebei sudah berusia lebih 3,500 tahun. Dengan lokasinya yang strategik, pekan itu selalu dijadikan rebutan dalam peperangan. Pada zaman purba, pekan itu terkenal sebagai hab perdagangan bagi kawasan di kedua-dua belah Tembok Besar China. 

Masjid Jianchangying

Masjid Jianchangying yang seluas 3,300 meter persegi terletak di perkampungan yang berpenduduk etnik Hui yang menganut agama Islam sejak turun-temurun di pekan Jianchangying. Masjid yang dibina pada tahun 1431 dan pernah dibina semula pada tahun 1542 itu, mempunyai seni bina taman diraja Dinasti Ming dan Qing yang amat menonjol, dan digelar sebagai "Masjid Pertama" di sebelah timur Beijing.

Masjid Jianchangying

Sejak tahun 1980, pelbagai prasarana untuk umat Islam telah dibina atau dibaik pulih secara berturut-turut di Masjid Jianchangying. Pada tahun 2004, Taman Etnik Hui telah dibina di sebelah selatan masjid itu. Terdapat sejumlah barang antik dan artifak budaya tersimpan di masjid itu yang biasanya dibanjiri dengan umat Islam yang datang untuk beribadat ketika hari kebesaran.

Masjid Jianchangying


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin