Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Masjid > Kandungan

Masjid Selatan Jiumen

2015-08-20 15:27:19

Masjid Selatan Jiumen

Mukim autonomi Jiumen yang berpenduduk etnik Hui merupakan satu-satunya mukim autonomi Islam di daerah Gao, bandar Shijiazhuang, provinsi Hebei, China. Pada tahun 756 Masihi, panglima yang tersohor pada zaman Dinasti Tang, Guo Ziyi mengetuai pasukan tenteranya berperang di kawasan itu. Terdapat sejumlah askar yang beragama Islam tinggal dan berdagang di kawasan tersebut. Pada awal zaman Dinasti Ming, sejumlah penduduk etnik Hui yang beragama Islam berhijrah dari Hongtong, provinsi Shanxi ke kawasan Jiumen. Tiada catatan tentang pembinaan Masjid Selatan Jiumen. Berdasarkan usia pokok pagoda yang terdapat di kawasan masjid, masjid itu dibina kira-kira pada akhir Dinasti Tang dan awal Dinasti Song. Masjid yang seluas 9,500 meter persegi itu dibina dengan batu bata dan kayu.

Masjid Selatan Jiumen

Masjid itu telah musnah pada tahun 1966. Pada tahun 1997, kerajaan menyediakan dana sebanyak RMB 1.1 juta bagi membina semula Masjid Selatan Jiumen. Masjid baharu seluas 4,600 meter persegi. Ruang sembahyang berkeluasan lebih 600 meter persegi. Menara azan setinggi 30 meter. Masjid baharu menggabungkan seni bina tradisional China dengan Arab.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin