Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Masjid > Kandungan

Masjid Hexi, Tianjin

2015-01-08 12:39:12

Masjid Hexi, Tianjin

Masjid Hexi yang disebut sebagai Masjid Sanyizhuang terletak di sebelah utara Taman Rakyat bandar Tianjin, China. Pada awal abad ke-19, jumlah umat Islam yang berhijrah ke kawasan itu semakin ramai. Pada tahun 1927, umat Islam tempatan telah mengumpulkan derma untuk membina sebuah masjid, yang dinamakan Masjid Sanyizhuang.

Masjid Hexi, Tianjin

Pada tahun 1932, Wang Jingzhai, imam yang amat terkenal di China telah membaik pulih masjid itu. Pada tahun 1987 pula, kerajaan tempatan telah  menyediakan bantuan untuk membina semula masjid tersebut. Bangunan masjid baharu yang luasnya 900 meter persegi mempunyai seni bina Arab. Ruang sembahyang yang luasnya 300 meter persegi dapat menampung lebih 200 orang solat berjemaah.

Pada April 1988, Masjid Sanyizhuang dinamakan sebagai Masjid Hexi. Ketika perayaan hari kebesaran Islam, pemimpin kerajaan tempatan akan menziarahi umat Islam di masjid tersebut.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin